Sunday, March 5, 2017

BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA!

Ben Ashaari Nak Berkenalan Dengan Blogger Baru Saja!
BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA !
Okay actually tadi aku tengah blogwalking sambil comment entry rakan-rakan blogger. Lepastu ternampak entry "Ben Ashaari Nak Berkenalan Dengan Blogger Baru Saja!".  Lepastu tengok dia punya date line tu ialah pukul 12 malam ni! Disebabkan aku ni blogger yang baru sebulan buat blog, aku dengan gelabahnya pergi dekat dashboard, click new post sambil fikir nak cerita apa tentang diri aku ni. Dah lah tak hensem, tak menarik pula tu tapi terpaksa la melobi diri sendiri semata-mata nak join segmen ni. So korang tengok dekat entry abang Ben ni dah ada guideline dah nak tulis pasal apa. Jangan lari topik pula nanti disqualified (eh suka hati aku je kot haha)

Okay jom kita beralih ke mood "serious".
KENAPA ANDA JADI BLOGGER?
Saya pilih untuk menjadi blogger atas sebab saya suka menulis dan berkongsi pengalaman. Kalau tengok dekat instagram dan facebook pun kadang-kadang saya punya caption tu dah boleh buat satu novel dah. Memang sesetengah orang cakap siapa saja yang masih menggunakan blog sekarang dengan kehadiran social media platforms yang belambak. Tapi saya tak kisah pun, janji bila saya menaip tu kepuasan yang saya dapat tu saya sendiri sahaja yang faham. Orang lain yang tak tahu dan tak pernah rasa nikmatnya bila kau tulis blog dan ada yang baca, better diam kot? 

Selain itu, saya juga hendak mengisi masa lapang saya. Disebabkan saya masih tidak bekerja at this moment (takda kerja tetap lagi), so I need to fill my time with something beneficial. Berblogging ni merupakan salah satu perkara yang berfaedah bagi saya. Saya ni bukannya jenis yang suka membaca buku sangat haha. Tapi bila baca blog boleh pula baca entry panjang-panjang pun tak kisah. Banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat berdasarkan perkongsian pengalaman daripada blogger-blogger lain. 
APA IMPIAN ADA SEBAGAI BLOGGER?
Saya seriously takda letak apa-apa expectation pun terhadap blog saya. Bagi saya, cukuplah kalau orang kenal blog saya dan orang tahu blog saya wujud. As long as saya tahu ada yang membaca blog saya, itu dah kira satu pencapaian yang bermakna. Memang ada orang cakap kena letak target yang tinggi dan tahu hala tuju blog blog kita, tapi bagi saya bila ada expectation yang macamtu, kalau tak tercapai nanti buat kecewa diri sendiri sahaja. Namun begitu, ada jugalah angan-angan Mat Jenin tu kalau dapat job macam buat review pasal makanan atau tempat percutian yang menarik best juga. (nampak sangat kau suka makan syed. so nak ambil job yang kau berkenan sahaja hahaha). Tapi pada pendapat saya masih banyak yang perlu diperbaiki untuk kearah itu. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Setakat ini dapat offer affiliate sahaja tapi macam tak faham sangat macam mana nak buat benda tu.
BLOGGER YANG ANDA MINATI
Blogger yang saya minati ni kalau nak disebut satu-satu memang panjang list nya. Saya ni jenis suka baca blog personal macam blog Cik Epal tu. Saya suka baca entry-entry macam tu sebab berkisar tentang kehidupan and bahasa pun jenis yang santai-santai "kau-kau-aku-aku-der-der" menarik kot. Bagi saya blog macam tu membuatkan kita lebih dekat dengan penulis dan seolah-olah kita sendiri yang merasai apa yang dia rasa. Blog abang Ben pun saya suka baca juga terutama pasal perangai budak-budak dan kadang-kadang abang Ben ni pandai buat lawak. Sebagai seorang yang mudah terhibur, memang seronok lah baca blog dan status facebook abang Ben.
PESANAN BUAT BLOGGER SENIOR
Pesanan buat blogger-blogger otai dan senior, supportlah kami blogger yang baru ni. Bukannya nak minta apa sangat pun, kalau tinggal satu dua komen dekat blog pun dah cukup kami teruja. Kalau bukan anda sendiri nak tolong blogger yang baru nak berjinak-jinak ni, who else? Macam mana nak besarkan komuniti blogger ni kalau takda sokongan antara satu sama lain. Tak rugi pun membantu kawan-kawan lain yang turut sama nak berblogging. 

Okay saya rasa berikut merupakan sedikit sebanyak jawapan yang saya mampu berikan dalam masa yang singkat ini (sebab dah nak dekat pukul 12 ni). Saya harap jawapan yang saya beri di atas tidak mengguris hati sesiapa kerana ia hanyalah sekadar buah fikiran saya. Saya harap komuniti blogger ni bakal bangun kembali like how it was during 2009.  

77 comments :

  1. Tak lepas nak join sbb syarat dia.. Q_Q
    "Orang lain yang tak tahu dan tak pernah rasa nikmatnya bila kau tulis blog dan ada yang baca, better diam kot? " - sila get ready untuk dikecam..? haha.. ok gurau2.. But setuju dgn pesanan last tu.. Siapa lagi nak support kita kalau bukan yang otai ni kan. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sempat join sejam sebelum tempoh tamat kot. takda siapa nak kecam kalau kita cakap benda betul (kot) hehehe. Betul kan? kalau bukan blogger juga yang support, siapa lagi kan?

      Delete
  2. i expect macam2 utk blog sy hahaha bila tak membuahkan hasil memang hampalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan fae. sebab tu kita jangan letak expectation tinggi sangat. bagi saya la.

      Delete
  3. Akak masa mula2 blogging pernah join segmen macam abang ben buat nih... tak ingat dah pasal apa haa.... tak perr syed ..makin lama , makin syed pafam selok belok dunia blogging. Yang akak ni macam dah lama pun sampai sekarang pun banyak lagi tak tahu..

    Tapi seriously, orang yang rajin nak berblogging ni jenis orang yang suka menaip dan suka mengarang panjang 2 hiiii

    Memang dah sesuai jadi blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya join segmen ni sebab macam banyak idea nak tulis kahkah. itulah, lama-lama nanti mungkin faham la kot macam mana dunia blog ni. Betul tu kak, kebanyakannya memang ramai yang taip panjang2.

      Delete
  4. Syed dah cukup glamer pada akak.. Suka baca blog Syed.. Sesiapa suka blogging hanya faham camne perasaan gembira bila org baca dan komen entri kita. Tak sama dengan social media lain 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha glamer la sangat kan kak. tahu takpa, kita ja faham macam mana perasaan dia hehe thanks kak :)

      Delete
  5. Berblogging ni satu perkara yang berfaedah jugak . Macam -macam info yang kita boleh dapat .. blogger kena support blogger2 ..tanpa blogger lain siapalah kita kan .. takkan nak krikk krikk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CCL. banyak info boleh dapat dan kalau blogger lain tak support kita, siapa lagi nak support kan hehe.

      Delete
  6. Samalah.. saya pun tak ada expection untuk blog saya, just nak sharing apa yang saya nak share. Memang pernah terfikir juga try cari duit dari blog tapi saya kena fokus satu benda ni dulu (maklum la bukan robot dapat buat semua :( ). So buat masa ni, saya ya buat yang mampu dulu. Mungkin buat masa ni, saya anggap Blogging hanya satu hobi. Update blog utk just share, pergi ke blog lain, baca story2 menarik dan berkomunikasi sesama yg lain. Tapi yakin blog boleh target lebih atas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rocky kita buat ja dulu mana yang kita rasa mampu nak buat kan? bab buit duit semua tu, kalau kita dah lama mungkin kita faham macam mana kot? everything takes time.

      Delete
  7. Kuciwa tak dapat join, hahahahaha, Abang Ben tuuhhh Idola Mai tuuhhhh!!! perghhh so lucky dpt join segmen beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh ja nak join mai! tapi kena delete semua entry lama-lama tu biarkan yang 2017 sahaja. lepastu nanti jadi la blogger baru hahaha.

      Delete
  8. Terlepas segmen benashaari ..
    Eh Syed, tak nak buat segmen bloglist ka?
    Nnt kakak join ...
    Have a nice day, cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takda rezeki kot kak.
      Nak buat tapi nanti takut la pula kalau orang tak nak join kah2.
      thanks kak.

      Delete
  9. all the best. sebagai blogger memanglah kena support each other. hehehhe :D
    BV pun cukuplah sebagai blogger yg biasa2 je.

    rasa nak join, tapi tak kena syarat. dah lama jadi blogger. hahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks BV haha. Nanti ada lah kot segmen lain untuk blogger2 yang dah lama?

      Delete
  10. Tak hensem ke? Tp kak Ana mcm ada terbaca lah yg ada org tu kata dia dark, tall and handsome kot. Tapi di mana ya. Haha. Just joking.

    Good luck Syed. Kak ana one of your blog fan. Nak sign!!! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha akak! saya tahu akak baca dekat blog siapa ni. tu saja ja acah2 hensem kahkah. Thanks kak! sain saya pun mahal, bukan boleh bagi sesuka hati ok.

      Delete
  11. Merendah diri kan, tak hensem, tak menarik... haha.... Hanya jauhari mengenal manikam.... Blog ni blog fav saya... ada pengisian walaupun santai... template kemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul apa mana ada rendah diri. Wahhhh blog fav tu hahaha. Terima kasih tuan Azlan.

      Delete
  12. Alahaii..akak pun terlepas juga. Btw, suka juga baca blog Syed. Memang kalau baca, boleh tau yang Syed tulis dari hati. Keep it up yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpa kak next time nanti ada lagi kot. Thanks kak! :)

      Delete
  13. salam singgah...byk dh tu dpt komen..

    ReplyDelete
  14. even baru pun dah macam lama berpengalaman.

    hye! saya dai Dunia blog IQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takdalah, biasa-biasa ja IQ.
      Hi, salam kenalan ya :)

      Delete
  15. boleh2.. muka tu bleh pi jauh tu. hehehe

    ReplyDelete
  16. Akak pun jadi blogger sebab suka menulis.
    cerita and share some infos.
    tapi org lain buat duit. akak tak... huu..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan kak bila tulis untuk share cerita ni haha.
      Kenapa akak tak buat duit?

      Delete
  17. terlepas aku nak join segmen ni..

    ReplyDelete
  18. Salam kenal dari blog Ben Ashaari. Moga terus jadi blogger yang berjaya.

    ReplyDelete
  19. Betul tu, tak kisahlah orang tak baca ke apa, tapi menulis di blog buat kita rasa puas dan dapat mengisi masa lapang dgn cara yang berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh, kita saja yang faham dia punya kepuasan tu macam mana kan.

      Delete
  20. hehhee comel jerk ucapan yg last tu... moga ada blogger otai sudi tinggalkan komen kat blog kite kan syed.. hiks.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ucapan tu ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam tu kah2. Harap2 ada lah yang buat macamtu.

      Delete
  21. good luck syed...bila dah lama jadi blogger...probably dah ada expectation bila berblog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak? Mungkin juga. Tunggu la setahun dua nanti macam mana haha

      Delete
  22. selamat bersegmen syed...

    psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the invitation kak! Hehe kalau free nanti saya join

      Delete
  23. sy berblog sebab tertarik dgn blog kawan. boleh hias cantik2,comei2. tu ja, x sangka plak sy kekal berblogging sampai skrg �� selamat bersegmen syed ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 memang macamtu kan? Lama-lama mungkin sebab seronok kot share story dekat blog. Lepastu terus bersemangat sampai ke sekarang hihi thanks.

      Delete
    2. start hjg thn lepas yg sy btl2 bersemangat nak update entry 😁

      Delete
    3. Yeahhhh bagus tu teruskan semangat tu! :)

      Delete
  24. Tak boleh nak joint sebab tak berape nak baru.. Hahaha..
    teruskan menulis entry dan berblog ye syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak di atas sokongan. Akaklah regular customer dekat sini haha.

      Delete
  25. Saya berblog kerana bosan terlalu banyak masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha samalah kita. Saya pun mulanya sebab banyak masa dan tak tahu nak buat apa.

      Delete
  26. Phew! Mujur sempat join ya. Cepat betul tarikh tutup dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kena tulis laju laju kot. Tak sempat nak berfikir sangat haha.

      Delete
  27. Semoga Seorang Syed maju jaya. 👍

    ReplyDelete
  28. Syed memang sesuai jadi blogger.
    Banyak idea, banyak masa, banyak meneroka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks WP, takdala banyak masa sangat sebab sekarang dah ada komitmen lain sikit.

      Delete
  29. Zaman 2009 memang masa tu tgh in kat blog. Akk pun start blog 2008 2009. Masa tu aktif tulis entri. 2011 slow smula. 2016 baru aktifkan semula sbb dah jmpe geng blogger baru yg aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2017 ni pun bila saya mula-mula buat blog ni nasib jumpa beberapa bloggers yang aktif dan support saya hehe. Kalau tidak mesti takda mood nak berblogging.

      Delete
  30. Terlepas segmen ni.. hari kejadian tu terlampau sibuk.. :(
    Anyway.. salam perkenalan dari Mak Budak a.k.a Remaja Purba.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi takpa, mungkin next segmen boleh join. Salam perkenalan juga :)

      Delete
  31. Replies
    1. takpa, boleh tunggu segmen yang seterusnya.

      Delete
  32. wahh untunglah Ben Ashaari dah review pasal blog ni dekat blog dia. saya nak join tapi dah lama pula bergelar blogger cuma krik krik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe Alhamdulillah sempat join. takpa, boleh cuba segmen lain kan.

      Delete
  33. "Aku dengan gelabahnya". Hahaha. Boleh bayang camne gelabah tu. Hihi.

    Menarik segmen ni. Tak tahu pun tapi kalau tahu pun, tak boleh nak join. Dah lama blogging cuma baru aktif start tahun lepas je..

    Kan.. suka kalau blogger otai komen kat entri kita. Rasa macam wahhh bestnya. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang gelabah betul la tinggal 40 minit macamtu ja nak fikir and tulis apa. Takpa nanti boleh join segmen lain kot.

      Rasa best and terharu sebab bukan senang depa nak komen dekat entry kita hehe.

      Delete
  34. hahahahhaa. time gelabah tu mmg busyra pernah alami. kalut semacam. hehe.. btw kan even syed blogger baru tp dh macam blogger otai dah tngok ni. cara penulisan bagus! teruskan berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalut habis kan. nak tulis pun macam kena laju-laju tak boleh nak fikir banyak sangat kah2. Amboi jauh sangat tu nak sampai tahap otai hehe btw thanks busyra :')

      Delete
  35. selain google, blog jg byk menyalurkn info dan ulmu selain mengasah bakat menulis...apa2 keep on blogging ya

    ReplyDelete
  36. tak tahu abang ben buat contest, lagipun syed ni kira powerlah sebulan je pv dah 45k huhuhu

    ReplyDelete
  37. Wow.. tahniah Syed,semoga abang Ben ₽i|IH Syed nanti

    ReplyDelete