Sunday, March 12, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Lazada Birthday Blogger Contest
CLICK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan hai,

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung dan pembaca blog Seorang Syed. Harini saya nak join satu contest yang dianjurkan oleh Lazada. Contest yang diberi nama "Lazada Birthday Blogger Contest" ini merupakan satu contest yang dianjurkan Lazada untuk para bloggers sempena menyambut hari lahirnya yang ke 5. Happy Birthday Lazada! Disebabkan saya punya birthday pun just around the corner lah sangat (April) oleh itu saya mengambil peluang ini untuk join contest ni. Mana tahu ada rezeki saya, mungkin saya berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan! hehe. Sebelum itu, kalau ada yang masih tidak tahu Lazada ni website apa, meh sini saya nak bagitahu. Lazada merupakan satu website untuk anda semua beli barang secara dalam talian. Sekarang ni memang ramai orang yang menggunakan Lazada untuk beli barang sebab mudah dan selalu banyak promotion! 

Tanpa melengahkan masa lagi, izinkan saya menjawab beberapa pertanyaan yang diperlukan sebagai syarat kelayakan untuk join contest ini
APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA?
Bagi saya Lazada Malaysia merupakan satu website yang mudah untuk anda semua membeli barang secara dalam talian. Kenapa? kerana pilihan barang yang banyak dari pelbagai jenama yang berlainan. Membeli barang secara dalam talian tidak jauh bezanya dengan membeli barang di luar. Sebagai seorang pengguna kita semestinya ingat melihat pilihan yang ditawarkan di sesebuah kedai tersebut kan? Kalau tiadanya pilihan yang banyak dan juga limited, kemungkinan untuk kita membeli adalah sangat rendah. At least, bila adanya banyak pilihan yang ditawarkan kita jadi lebih secure dan yakin untuk membuat pilihan di antara yang terbaik.

Nexus 5X casing
Baru-baru ini saya ada membuat carian di website Lazada Malaysia mengenai casing Nexus 5x. Phone saya ni dia punya rare tu sampai kedai biasa memang tiada jual. Kalau nak beli casing atau apa-apa aksesori jawabnya kena menggunakan perkhidmatan online la. Terkejut saya bila buka Lazada ni dan tengok hasil carian saya sebanyak 26114. Banyak kan? Bila banyak pilihan macamni membuatkan kita lebih seronok nak mencari barang yang diidam-idamkan.

Sekarang ni memang ramai orang yang berniaga secara dalam talian sama ada atas nama syarikat mahupun peribadi. Kita nak beli barang secara online ni kena bijak juga. Bukannya apa, takut barang yang diorder tak sampai ketangan kita. Duit dah bayar, tapi barangnya tak sampai juga. Kalau anda membeli dengan Lazada, tak payah takut dengan semua scammers yang ada diinternet ni sebab Lazada memang merupakan trusted website. Lazada siap tawarkan 100% Buyer Protection dan ada return policy lagi untuk barang yang kita beli. Kalau masih rasa tak selamat dan was-was untuk bank in duit, boleh gunakan Cash On Delivery (bayar bila anda dah dapat barang dan dia hantar depan pintu rumah anda)
TIGA BARANG PILIHAN SAYA DI LAZADA MALAYSIA
Tissot Watch

Disebabkan saya memang suka sangat dengan jam tangan, rasanya saya dah mula berangan nak beli yang ni walaupun hanya mampu membeli dalam mimpi haha. Kalau tengok dekat website tu banyak betul jam lawa-lawa yang menggugat keimanan. Saya tak kisah sangat pun design jam tu macam mana sebenarnya asalkan dia simple dan boleh masuk dengan semua attire yang saya ada, saya beli sahaja (macam banyak duit kan haha). Kalau tengok jam dekat atas ni, saya suka sebab sangat simple. Dia punya nombor pun senang sahaja nak refer takda serabut dengan jam kecil-kecil kat dalam tu (haha tak suka jam yang jenis macamtu). Walaupun harga dia RM2.9K tetapi harga asalnya lagi mahal RM3.4K! banyak juga potongan yang diberikan oleh Lazada! 

Saya Nak Shaver Ni!

Okay untuk shaver ni memang barang yang saya PERLUKAN. Disebabkan pertumbuhan bulu-bulu dimuka sangat menggalakkan, oleh itu saya rasa daripada membazir duit beli shaver yang murah-murah tu lebih baik dapatkan electronic shaver terus. Shaver ni best sebab kegunaan dia untuk wet and dry. Nak guna ketika kering boleh, basah pun boleh juga. Mudah kan? Tak payah susah-susah nak risau takut shaver rosak kalau kena air. Setakat ni memang saya tak pernah beli lagi shaver eletrik walaupun yang murah sekalipun. Sebab tak tahu kualiti dia macam mana dan tak berani nak cuba beli takut tak bertahan. Lagi satu, shaver ni best sebab dia punya mata pisau tu dah direka khas untuk smooth glide. Maknanya lepas shave tu takda lah rasa sakit semacam macam guna shaver biru RM1 dekat kedai tu.

Samsung Microwave

Last but not least saya mahukan microwave ini dirumah saya! Disebabkan rumah saya memang tiada microwave, saya rasa macam saya perlukan satu benda ni dirumah. Dalam banyak-banyak microwave yang ada dekat Lazada Malaysia ni, lepas tengok fungsi-fungsi microwave di atas, saya rasa ini merupakan yang terbaik dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Sekarang ni tengah promotion kot, siap ada tambahan 1 tahun warranty lagi. Kalau dapat lah microwave ni, saya excited nak defrost makanan sahaja! hahaha rasa cool kot tengok benda tu pusing-pusing. Lagi satu, dapat la buat makanan simple2 macam maggi letak dan cairkan cheese ke hehe. Dah la nak basuh microwave ni pun senang sebab dia punya design dalam flat sahaja. Takda corner-corner yang susah nak dicapai. Nak lap tak sampai 5 minit pun.
BAGAIMANA LAZADA BOLEH LEBIH MAJU
Pada pendapat saya, setakat ini Lazada Malaysia sudah berjaya berada ditahap yang membanggakan. Kalau kita baca di twitter, facebook dan media sosial yang lain, ramai yang memilih untuk menggunakan Lazada sebagai salah satu website untuk membeli barang secara dalam talian. Harga-harga yang ditawarkan pun kebanyakannya sangat berpatutan dan murah. Nasihat saya, teruskan pencapaian yang baik dan cuba untuk menawarkan servis yang terbaik kepada pengguna. Fikirkan cara yang lebih baik untuk menarik lebih ramai pembeli. Selain itu, mungkin Lazada Malaysia boleh membuat pelbagai bentuk contest untuk orang ramai. Who doesn't love contest, right? 
UCAPAN HARI LAHIR KEPADA LAZADA MALAYSIA
Happy Birthday Lazada Malaysia! I hope that your website would be recognized by the whole Malaysians and everyone would use your website to buy things they want. Keep it up! You're already on the right track. I could say that it's a kind of the biggest achievement for 5 years!  Sila teruskan usaha anda dalam menawarkan servis yang terbaik buat para pembeli. Saya yakin Lazada boleh pergi lebih jauh dalam masa 5 tahun akan datang! Good luck and all the best :)

Saya nak jemput bloggers di bawah untuk join sekali contest ni, lebih ramai yang join lebih banyak hadiah yang boleh dimenangi! hehe


Mari memeriahkan contest yang dianjurkan lazada ni! :)

74 comments :

  1. pergh!!! wishlist giler r! all the best syed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha angan-angan kena lebih. Thanks :)

      Delete
  2. goodluck syed! In Shaa Allah ada rezeki tau :)

    singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haraplah ada rezeki lebih sikit kan hehe thanks elsa :)

      Delete
  3. Semoga berjaya Syed.. Akak tak buat lagi.. tak ada idea.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak nanti join lah hehehe. saya pun puas duk cari idea ni.

      Delete
  4. Sama la syed. Casing oppo find7 pun tak jumpa kat kedai. Nasib Lazada ada. Sap banyak lagi tu design.

    Hahaha mcm2 wishlist duk ada. semua wishlist tu. Dari entry ni & previous, boleh disimpulkan syed suka kasut & jam. Kan kan kan?

    So... All the best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racist kan mai? mentang2 kita ni android ja tapi dianaktirikan! hahaha kalau iphone tu banyak sangat pulak casing dia nak jual.

      YESSSSSSSS betul. Syed suka kasut, jam, baju semua hehehe.
      Thanks mai! :)

      Delete
  5. Semoga berjaya Syed. Thanks for tagging me. Sempat lagi nak join ni. Kena start karang ayat lah lepas ni.

    By the way, jam tu memang smart habis. InsyaAllah mana tau ada rezeki awak. Kak ana doakan. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join lah kak! cepat fikirkan idea tu hehehe. Smart kan kak. tengokla harga dia hehe. Terima kasih kak :)

      Delete
  6. good luck syed...insyaAllah nanti ada rezeki tu kan..aamin

    ReplyDelete
  7. Good luck syed..mana tahu mmg ada rezeki awk nnti..

    ReplyDelete
  8. Gud luck syed!
    Manatau kot2 mmg rezeki awk... Dptlah apa y diangankan tu

    ReplyDelete
  9. Good Luck Syed, semoga ada rezeki nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro Azlan. Taknak join sekali ke? hehehe.

      Delete
  10. Semoga dikurniakan rezeki yang dihajati itu

    ReplyDelete
  11. wuu.. Goodluck Syed.. Ada terfikir nak join tp line tgh slow, tak sempat nak belek wishlist.. haha.. Will be joining this soon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay! join ya? who knows it might be yours haha.

      Delete
  12. Good luck syed .. CCL customer tetap shopping online lazada.boleh dikatakan setiap bulan ada ja brang yang bekenan dimata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CCL. Syed jarang beli online. tapi kalau beli online pun memang akan beli kat lazada haha.

      Delete
  13. Good luck abang syed sado. Kena join ni tapi saya kena buat akaun lazada dulu la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro haha. Aah la kot kena ada akaun dulu la.

      Delete
  14. menarik! kalau lah terpilih sbg pemenang kan, nanti dpt duit yg lazada tawarkan ke atau dpt brg yg kita nak? ke dpt semua? hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat duit yang lazada tawarkan sahaja. Takda maknanya dia nak bagi barang haha.

      Delete
  15. Menarik ... Btw, Good luck and All the best Syed.

    ReplyDelete
  16. haha, your reasons for wanting a microwave is a little bit funny.

    //afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha but I'm impressed with the way it works! kahkah.

      Delete
  17. Semoga berjaya Syed dlm contest ni :)

    ReplyDelete
  18. All the best! IQ pun ada join, mana tahu lagi ramai masuk, lagi banyak hadiah yang ditawarkan kan? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi ramai masuk lagi banyak hadiah yg ditawarkan hehe. Good luck juga buat IQ.

      Delete
  19. Good Luck Syed! Smart giler jam tangan tuh tau..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smart kannnn. Harganya pun smart juga kak hehehe

      Delete
  20. Replies
    1. Thanks anies jomlah join sekali hehe.

      Delete
  21. Okeyy, done join! Kehkeh
    Moga kita menang ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck untuk kita berdua. Harap2 ada rezeki menang la kan hehe.

      Delete
  22. All the best! Ada rezeki, bertuahlah badan lagi... 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, harap rezeki berpihak pada syed hehe jomlah join sekali!

      Delete
  23. Dah tertengok dah pasal contest ni.. aih nak mengarang tu cam ambil masa banyak jerr .. all the best untuk syed... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak hahaa. memang ambil masa nak mengarang. nak pilih barang lagi sampai tak tau mana satu nak ambil hehe thanks kak.

      Delete
  24. good luck syed, makin ramai yg join makin up hadiah tu

    ReplyDelete
  25. Manalah tahu menang contest Lazada ....ye dak? Tak cuba tak tahu.
    Rajin rajin buat solat hajatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak. kalau menang tu namanya rezeki hehe.

      Delete
  26. Good luck for all! aku smlm baru siap buat entry.kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck juga bro! Semoga kita menang la haha.

      Delete
  27. Yeahhhh, semoga ade rezeki utk Kita....😀

    ReplyDelete