Monday, March 20, 2017

5 SEBAB KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN

Kelebihan Belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu!
hahaha yakin betul aku
Assalamualaikum dan Hi! 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?" dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah. Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah. Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program ijazah sarjana muda. 

Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni. Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?

Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM. Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.

1) Elaun

Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive. Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.

Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat. Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun) dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.

2) Kemudahan hostel

Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu. Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.

Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama. Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku memang tak payah menyewa luar. 

Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah). 

3) Suasana pembelajaran

Dinner Batch PISMP Januari 2013

Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau

Suasana Kelas dan Pembelajaran di IPG

Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer  yang kau pilih

4) Jaminan pekerjaan

Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang paling utama bila kau masuk IPG. Kau tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.

5) Waktu cuti

Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha
MACAM MANA NAK MOHON IPG?

Permohonan Kemasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2017

Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.

Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/

76 comments :

  1. Dulu kalau sebut IPG ramai yang geleng kepala ..kalau sebut maktab baru lah diorang tahu ...
    Adik CCL pernah apply IPG ..tapi tak lepas fitness test ..mungkin bukan rezeki dia .. tapi ada rezeki lain yang menanti dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sekarang ada segelintir la yang masih tak tahu ipg tu apa hehe.
      Alhamdulillah, mungkin rezeki dia dalam bidang lain kan? :)

      Delete
  2. elsa kenal je ipg nie dari dulu hehe. cuma nak mohon tu pikir banyak kali yelah kita belajar pun terkontang kanting nak mengajar orang pulak

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed fikir macam tu juga mula2 elsa, but then I gave it a try and struggling with myself and I could see the rainbow now.

      Delete
  3. Fuhhh bergaya la cikgu Syed. Tapi Ira memang failed kalau jadi cikgu sebab sejenis tak suka berjumpa dengan bilangan orang yang ramai untuk tempoh masa yang lama dan tahap kesabaran yang rendah ehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bergaya la sangat kan. Ohhhh, syed pun dulu macamtu juga. Bila jumpa ramai orang mesti nervous. tapi bila dah biasa jumpa budak2 okay la hehe. Cuma syed memang penyabar la orangnya.

      Delete
  4. Bertuah terpilih menjadi cikgu... tanpa Cikgu siapalah kami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kak, rezeki saya hehe. Terima kasih :)

      Delete
  5. To be frank, anis baru tau pasal ipg.. hehe// Kenapa syed tak kenalkan ipg dari 3 tahun lepasssss...!! Kalau tak dah apply jd junior sini dah... Q_Q
    Tapi takpe, bersyukur dgn mara yang ada.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha serius lah anis baru tahu ni? aduiiii 3 tahun lepas mana start blogging lagi kah2. Kalau tak boleh ja anis masuk. Anis pun ambil TESL kan sekarang. Mungkin rezeki ada di tempat lain la tu hehe.

      Delete
  6. Dari tadika sampailah tingkatan 5..orang tanya nak jadi apa???yakin jawab Cikgu!...sekarang...surihati dan suri rumahtangga..IPG dah bertapak lama tapi mungkin masa itu kak PC kurang mendapat pendedahan..sungguh..tapi tidak mengapalah..pasti berhikmah..dan untuk adik-adik yang layak untuk mohon..mohonlah..manfaatkan sebaik-baiknya..kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dulu2 kan takda internet kan kak? jadi penyebaran maklumat tu macam susah sikit lah. InshaAllah kak, ada hikmah dia. Mungkin kalau bukan akak, anak-anak akak yang akan meneruskan perjuangan tu? siapa tahu kan.

      Delete
  7. I respect those who signed up for the education program. couldn't imagine myself as a teacher

    ReplyDelete
    Replies
    1. You never know how it's like until you give it a try. hahaha who knows you might be an excellent teacher.

      Delete
  8. cikgu ni pekerjaan yang sangat bagus,mereka mendidik anak2 bangsa untuk menjadi orang yang berguna.
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  9. PILIH IPG UTK SAMBUNG PENGAJIAN MMG TERBAIK...ADA REZEKI INSYAALLAH DPTLAH MASUK KE SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, semoga adik-adik lepasan spm yang berkelayakan boleh memohon sini :)

      Delete
  10. Ada jugak kawan belajar kat IPG Sungai Petani, tak ingat apa nama IPG tu. Tapi memang environment IPG tu macam sekolah! Bangunan dia semua. Hehehe persediaan awal, seolah-olah "macam inilah nanti tempat korang nak berbakti pada anak bangsa". Perghhhhh tabik habis lah!
    Seronok erh, dapat sama kelas sampai habis. Tak payah nak berebut-rebut register kelas. Perangai masing-masing, bonding mesti dah macam adik-beradik bloodbrother bloodsister dah. 🙆💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau fairuz masuk mana-mana IPG pun bangunan and environment dia semua macam sekolah. Undang-undang pun macam sekolah juga. Tak boleh langsung nak feeling2 student universiti haha. Seronokkkk. tapi kena berebut juga untuk register kelas tutorial kahkah. Aah kira macam adik beradik dah buat benda semua sama sama haha..

      Delete
  11. Replies
    1. hahahahah siapa doh ni. mesti hitam juga ni kan.

      Delete
  12. Itulah apo ko bondo IPG tu? Sewaktu dengan maktab ghupernya.

    Thanks for sharing this information. Bolehlah Mrs. A war-warkan kat niece yang baru habis SPM tu.

    Kat Nilai ada satu IPG teknik baru jer... tahu itupun sebab hantar anak ada pertandingan silat di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah, bila sebut maktab barulah orang tahu kak. Boleh ja suruh dia apply kalau dapat 5A ke atas. Aah IPG teknik tu yang baru buka tu. cantik lagi bangunannya.

      Delete
  13. hehe..kalau sebut IPG memang tak tau tapi kalau maktab tu tau la hikhik. thanks for sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah cik tie ramai sangat yang tak tahu hehe. You're welcome, bagitahulah dekat sesiapa yang berminat.

      Delete
  14. kakak sedara airah ramai jugak masuk IPG ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh kalau macamtu mesti tahu dah kan pasal IPG. hehehe.

      Delete
  15. baru tahu IPG ada banyak elaun. Not bad la kalau masuk sini. Jimat pun jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang banyak elaun tapi sekarang elaun bulanan sahaja yang tinggal. itupun dah dikurangkan sedikit.

      Delete
  16. Kalau sebut IPG mungkin ramai lagi yang tak tau.
    Tapi kalau sebut 'Maktab Perguruan' okay.
    Brzanya kalau keluaran maktab dulu terus kerja, sekarang kena ikut keperluan.
    Tahniah Syed, semoga menjadi guru yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pakcik, sekarang ni kena ada kekosongan barulah dapat kerja.
      Tapi inshaAllah la kerja tu ada, cuma cepat atau lambat tu yang kita tak tahu.

      Delete
  17. Baguslah kau punya entry..aku suka baca! banyak info. tetiba feeling nak apply plak haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro hehehe bolehlah apply laa kalau cukup umur keh2.

      Delete
  18. Maktab perguruan.. Tak sangka ada elaun disediakan. Sangat bagus info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang ada elaun disediakan :) terima kasih.

      Delete
  19. Cuti tu yang paling best sbb cuti sekali dengan cuti sekolah kan?
    Cita cita dulu ada je nak jadi cikgu matematik tapi takde rezeki dalam bidang ni gamaknya. Fail iv IPG. Haha. Harap tercapai jugak impian Lya nak.jadi lecturer lepas ni, amin.
    Nice info on IPG btw Syed, buat orang yang fail iv IPG ni merasa la jugak walaupun sekadar melalui tulisan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tapi yang tak bestnya bila kita cuti, kawan-kawan kita yang masuk U tu tak bercuti kah2. Jadi, waktu cuti tu kita spend masa sorang-sorang jalah. inshaAllah lya, mungkin ada rezeki yang lebih baik tu. Syed pun inshaAllah macam nak jadi lecturer juga hehe. Terima kasih lya :)

      Delete
  20. Teringin nak join UPSI tapi hm... takde rezeki .. untunglah siapa yang dapat masuk dekat situ. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post ni bukan pasal UPSI la tapi IPG! hahaha. Ke amer cerita yang amer teringin masuk UPSI? ok confuse dah.

      Delete
  21. Pernah ada impian utk masuk ke IPG. Tapi tak kesampaian. Last2 jadi akauntan. Pilihan terbaik untuk diri kak ana. ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kak, jadi akauntan lagi best! hehehe. Saya tak boleh jadi akauntan sebab kena bekerja dengan mesin dan nombor. Both are my weaknesses.

      Delete
  22. nama lama IPG ni maktab perguruan kan? family saya majoritinya cikgu hehe jadinya IPG ni macam familiar sangat. ayah mak abg pakcik makcik sepupu sepapat memang ramai, kalau duduk semeja memang haru rasa nak dengar cerita2 diorang pasal pendidikan ni. Rasa asing sbb sy bidang lain. :D

    waktu cuti tu memang best lah, sebab senang nak rancang dengan family.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp betul tu Hanis, biasanya orang yang family dia majority cikgu memang tahu dah pasal IPG ni hehe. Samalah, mak sedara saya ramai cikgu. Bila sembang ja memang duk cerita pasal pendidikan hehe. Takpalah hanis, boleh juga tahu senario terkini dunia pendidikan hehe.

      Kan? Nak pergi mana-mana pun senang sebab cuti sama dengan sekolah.

      Delete
  23. Punyalah ketinggalan zaman, lebih tepat tk ambik tau perkembangan semasa, smp tak tau maktab perguruan dah bertukar nama jadi ipg. Nak tau maktab perguruan nilah first choice akk dulu, tapi tkdo rezeki, tk pas test, last2 ikut pengajian tadika, jadilah cikgu tadika, jadilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, yang penting tercapai juga akak punya impian nak jadi guru tu. Guru tadika lagi mencabar kak. Saya tabik betul guru tadika sebab nak layan kerenah budak2 kecil ni bukannya senang.

      Delete
  24. ini pilihan yang terbaik, all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh semoga mereka yang apply IPG ni berjaya masuk ke IPG.

      Delete
  25. peh! bakal cikgu rupenye syed nie.. patut laa tulis blog macam karangan.. kbai!

    hahaha.. gurau je taw.. jangan marah..

    e'in nie orangnye jenis tak sabar.. so memang tak boleh laa nak jadi cikgu cikgi nie.. semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. tulis blog macam karangan eh. boleh juga macamtu.
      Syed ni tak tahulah kenapa ada kesabaran yang tinggi sikit.
      Cuma kalau melebih tu memang meletup la kah2. Thanks e'in! :)

      Delete
  26. Nani tak berapa nak sebati jadi cikgu ni. Dulu apply pun sebab mak ayah suruh. Hahahah! Memang banyak manfaat bila masuk IPG ni, paling penting bila lepas grad dah nampak hala tuju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Inani. Tak payah nak fikir kerja lagi dah sebab memang hala tuju kita dah nampak kearah pendidikan. Sementara menunggu tu pun boleh la kerja pusat tuisyen atau private tutor kan.

      Delete
  27. sekarang ni memang betul susah nak masuk ipg. kira nasib baik jugaklah zaman sekarang siapa yg lepas test dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, test dia tu yang susah. Lepastu syarat dia pun ketat. Nak yang 5A ke atas sahaja. fuhhh untungla siapa yang dapat.

      Delete
  28. IPG dulu maktab yer.. patutlah dah tak dengar org guna term maktab perguruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupppp, sebelum dia naik taraf jadi IPG, dia guna maktab perguruan la.

      Delete
  29. untung terpilih belajar kat sana tau syed.. Dulu bukan senang nk dpt belajar kat sana.. asek x lulus exam je.. hahaha..

    lama x jenjalan kat rumah syed ni.. sori ye.. hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Alhamdulillah kak. belajar mana2 pun sama ja sebenarnya hehe depends pada rezeki kita la kan.

      haaaaaa tak jumpa jalan kerumah syed ke.

      Delete
  30. goodluck kepada lepasan spm yang memohon. harap tak persia peluang yang ada ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, peluang yang datang hanya sekali. so manfaatkannya hehe :)

      Delete
  31. Nice entry syed, indeed IPG is one of the jaminan pekerjaan yang baik InsyaAllah. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks eyqa. tapi still kena tunggu la untuk posting. not that you don't have to wait at all.

      Delete
  32. tahniahhhhhhh cikgu syed! hehehe. dan alhamdulillah rezeki dari DIA untuk syed.. busyra hepy tngok syed dh dpt kerja. nnti up entri plis first day mngajar.. hehe.. apapun kerja elok2 ye syed. :)

    ReplyDelete
  33. sy x boleh bab ngajar ni. dah try ngajar budak upsr hjg minggu, tp mmg x masuk sebab sngt menguji kesabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke? hahaha budak2 ni memang menguji kesabaran. kena banyak2 bersabar la kalau nak mengajar.

      Delete
  34. Bagus usaha Syed nie.. Maybe lepas nie boleh cerita lagi pasal IPG nie.. lagi banyak lagi bagus.. Budak-budak sekarang nie Google je Sume maklumat.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau rajin kak boleh la saya tulis haha.

      Delete
  35. Terima kasih Syed atas infonya. Peluang untuk budak lelaki mesti cerah dpd budak pompuan kan agaknya..... Menarik jugak bila dengar elaun dia tu...
    Cikgu ajar Bahasa Inggeris ke? hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab biasanya yang apply ramai perempuan dari lelaki.
      Tapi sekarang ni elaun dah kurang sikit dah kak. Aah kak saya ajar bahasa inggeris hehe.

      Delete
  36. untung kalau sesapa dapat rezeki ke sini... so yg terpilih tu, jgn laa berpatah balik.... bkn semua org dpt peluang ke sini dan sy slh seorg drpd nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa anies, ada rezeki yang lebih baik untuk anies nanti :)

      Delete
  37. Kakak saya dulu belajat di maktab bahasa melayu..lupa apa namanya..tahniah syed
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPG KBM tu. sebelah tempat saya je hehehe.

      Delete
  38. nasib baik la saya tahu IPG tu apa sebab mostly saudara mara saya ni lepasan IPG. kalau cousin lepasan SPM memang disyorkan masuk IPG. dulu masa UPU saya ada apply UPSI tapi tak dapat

    ReplyDelete