Tuesday, March 21, 2017

LULUS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Semakan Keputusan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua,

Untuk pengetahuan semua, pada tarikh 23 Januari 2017 yang lalu, aku dah selesai menjalani interview untuk jawatan Pegawai Pendidikan DG41 (cikgu lah tu). Kalau nak ingat balik macam mana sesi interview tu aku rasa dah tak sanggup dah sebab sangat mendebarkan haha. Dah la nervous gila time tu tak tahu macam mana nak handle so aku buat confident aku jelah. Kalau korang nak baca perjalanan aku sewaktu interview dan soalan-soalan yang telah diajukan kepada aku ketika itu, boleh refer entry TIPS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PENDIDIKAN DG41 LEPASAN IPG.

Alhamdulillah, harini ada berita baik untuk aku rupanya. Aku lulus temuduga tersebut! Time nak check tu dah berdebar dah jantung ni hahaha. Kalau ikutkan aku punya confident, aku memang yakin aku lulus interview tu. Tapi who knows kan? mana tahu tiba-tiba penemuduga tu tak suka English aku ke? So, there's a possibility kot. Dah la aku pakai seluar baju fit time tu, terus rasa bersalah kahkah.

Secara jujurnya aku sangat menanti-nanti keputusan temuduga ni. Sebab apa? Sebab aku tak sabar nak masuk sekolah nak mengajar. Aku dah belajar selama 5 tahun setengah kot lepastu menganggur tak buat apa dari bulan 12 tahun lepas sampai bulan 2. Walaupun sekarang ni aku tengah kerja sementara, tapi serius cakap, kerja yang aku tengah buat sekarang ni bukannya jiwa aku. Aku tak boleh nak buat kerja tu lama-lama.  Nantilah aku share apa kerja yang aku buat. Tunggu bulan depan lah kot? sebab saja nak tunggu sebulan kerja lepastu barulah boleh buat review pasal kerja tu kan.

Bila time aku sorang-sorang, aku selalu feeling-feeling cakap English dekat diri sendiri sebab rasa macam dah lama sangat tak guna bahasa tu. Lepastu bila jumpa budak-budak yang datang dekat tempat kerja aku ni pakai baju sekolah, rasa nak sahaja aku sembang dengan dia nak tanya dia sekolah mana. Aku rindu suasana sekolah sebenarnya hahahaha over kot. Rindu juga nak sembang-sembang dengan budak-budak, sebab dulu masa aku praktikal dekat sekolah, aku memang kuat sembang dengan budak. Jadi, bila dah lama tak buat semua benda tu rasa macam I miss those good moments hehe.
TAK SAMPAI HATI
Jujur aku cakap, bila tahu sahaja keputusan temuduga ni terus rasa macam nak berhenti kerja haha walaupun penempatan tak tahu bila. Mengikut khabar angin, ramai yang kata awal bulan empat. So, kalau betullah apa yang aku dengar tu means aku kena berhenti kerja la bulan 4 nanti. Sempat lah sebulan aku kerja dekat situ. Tapi, masalahnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu yang aku nak berhenti kerja haha. Rasa macam tak sampai hati nak cakap. Tak suka buat orang rasa kecewa. Tapi memang dari interview kerja tu lagi aku dah cakap aku nak kerja mungkin sekejap sahaja

Bila tengok senarai dokumen yang aku kena selesaikan tu macam banyak pula hehe. Dah la off day kerja aku cuma satu hari sahaja. Nak buat apa pun tak sempat kot aku rasa. Aku cuti harini duk online lepastu basuh baju yang banyak-banyak tu. Boleh tahan lama juga aku tak basuh tangan manually. Penat kot nak basuh tangan kalau tak pakai mesin basuh. Zaman aku basuh pakai tangan ni zaman duduk asrama time form 1 dulu sahaja haha. Patut ke tidak eh aku berhenti kerja bila masuk bulan 4 ni? ataupun aku just kerja sahaja sampai dapat panggilan posting? hmmm dilemma betul.

Apa-apa pun, aku doakan kepada kawan-kawan yang masih belum mendapat panggilan temuduga (calon-calon SJKT) supaya sentiasa bersabar. InshaAllah tak lama lagi tu ada lah panggilan temuduga untuk korang semua. Supaya dipermudahkan segala urusan korang. Good luck! :)

Untuk semakan keputusan temuduga SPP, boleh layari;

Monday, March 20, 2017

5 SEBAB KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN

Kelebihan Belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu!
hahaha yakin betul aku
Assalamualaikum dan Hi! 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?" dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah. Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah. Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program ijazah sarjana muda. 

Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni. Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?

Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM. Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.

1) Elaun

Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive. Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.

Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat. Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun) dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.

2) Kemudahan hostel

Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu. Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.

Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama. Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku memang tak payah menyewa luar. 

Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah). 

3) Suasana pembelajaran

Dinner Batch PISMP Januari 2013

Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau

Suasana Kelas dan Pembelajaran di IPG

Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer  yang kau pilih

4) Jaminan pekerjaan

Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang paling utama bila kau masuk IPG. Kau tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.

5) Waktu cuti

Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha
MACAM MANA NAK MOHON IPG?

Permohonan Kemasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2017

Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.

Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/

Saturday, March 18, 2017

DISKUSI: TAK PERLU BELAJAR TINGGI PUN BOLEH BERJAYA

Tidak Perlu Belajar Tinggi Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan Hai,

Untuk entry kali ini, kita actually akan berdiskusi tentang satu perkara yang aku rasa tidak lagi asing buat kita semua. Aku letakkan "diskusi" di sini kerana, perkara yang bakal dibincangkan agak subjektif dan aku yakin setiap orang tu dia ada pandangan dia sendiri tentang isu ini. So why not you drop your opinion or thoughts in the comment section? nak komen panjang mana pun tak kisah kalau kau rajin. Aku sendiri pun akan tulis pendapat aku dalam post ni dan kalau kau rasa kau tak setuju dengan apa yang aku tulis, no worries. Bagitahu sahaja di bawah ya?

Pada pendapat aku, education merupakan satu benda yang penting. Kalau kau tanya benda apa yang aku akan tengok pada seseorang, aku akan tengok dia punya education dulu. It just that people with education appear to be really catchy and interesting in my eyes. Namun begitu, aku takdalah cakap yang aku tak suka atau pandang rendah dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi. Malahan, aku siap respect lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi tapi berjaya pergi sejauh mungkin dalam hidup beliau.

Selalu dengar orang cakap "Eleh, tak payah belajar tinggi pun boleh berjaya la". Memang betul, aku akui kalau kau tak belajar tinggi sampai universiti pun kau BOLEH berjaya. Semua orang boleh berjaya even tanpa education background yang bagus pun kalau kau rajin berusaha dan ada X factor dalam diri kau. Contoh yang dah pun berjaya ialah Steve Jobs (pemilik Apple) dan juga Bill Gates (yang buat microsoft tu lah). Kejayaan dua tokoh ni bagi aku memang sangat memberi inspirasi kepada orang ramai. Tetapi bagi aku, bila kau gunakan alasan macamni sebagai tiket kau malas belajar, benda tu jadi macam parah la. Lagi teruk lagi bila kau malas belajar tapi takda pun nampak matlamat dan usaha apa yang kau nak buat untuk jadi BERJAYA dimasa akan datang.

Kau tak perlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya kalau...

1) Kau lahir dalam keluarga yang kaya raya dan ada bisnes sendiri

Kalau kau lahir dalam keluarga yang lengkap serba serbi, memang kau tak payah ada pelajaran yang tinggi pun. Cukuplah kau take over syarikat atau bisnes keluarga kau. Tapi aku still rasa kalau kau ada pelajaran yang tinggi, benda tu jadi macam bonus untuk diri kau sebenarnya. Sebab pelajaran itulah yang akan tentukan kau punya bisnes macam mana. Bila kau belajar lebih tinggi, kau akan jumpa dengan ramai orang dan kau akan belajar how to deal with people. Dalam masa yang sama, di universiti kau akan develop banyak kau punya soft skill. Tapi, sebab kau memang dari keluarga yang kaya, boleh kot nak attend short course macam Azizan Osman punya talk. Itu pun still dikira sebagai satu proses menuntut ilmu juga (nampak tak pelajaran tu penting?)

2) Kau dah cukup selesa dengan hidup kau

Lain orang lain dia punya tahap keselesaan, ada orang yang as long as dia cukup makan pakai semua pun dah cukup selesa dah. Tapi still pada pendapat aku, kalau dia usaha lebih dalam kerja yang dia ada sekarang, dia boleh berjaya. On the other hand, kalau dia ditahap yang sama sahaja sampai bila-bila, memang susah sikit la dia nak survive pada masa akan datang. We don't really know what might happen in the future. Tengoklah macam sekarang, kos sara hidup pun makin lama makin meningkat, barang pun makin lama makin mahal. Yang belajar tinggi-tinggi pun kerja untuk bayar PTPTN sahaja. *merenung nasib sendiri.

3) Kau rajin berusaha

Usaha ni antara benda yang paling penting sekali nak berjaya tak kisah la kalau kau ada pelajaran ataupun tidak. Allah akan bagi rezeki kepada mereka yang rajin berusaha. Aku ambil contoh orang-orang yang buat bisnes yang dah jadi jutawan sekarang ni. Diorang punya perjalanan dalam bisnes memang sangat aku kagumi. Ada yang dah mula berniaga sejak dibangku sekolah lagi bermula dengan jadi agen dropship. Ada juga yang jual alat-alat kecantikan di pasar malam, tetapi tengoklah ditahap mana mereka berada sekarang. That's the power of hard work. Jangan mudah putus asa, kalau kita tengok mereka boleh berjaya, kenapa kita tidak?

Kesimpulannya, jangan pandang rendah terhadap orang lain walaupun dia tidak berpelajaran tinggi macam kau. We don't know what future holds, mungkin satu hari nanti dia akan lebih berjaya dari kau? Walaubagaimanapun, jangan gunakan alasan "tak perlu belajar tinggi untuk berjaya" sebagai satu tiket untuk kau malas belajar. Untuk adik-adik lepasan SPM, teruskanlah menuntut ilmu, nak buat bisnes ke apa boleh, tetapi dengan pelajaran yang tinggi aku yakin korang semua boleh pergi lagi jauh. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya! :)

Terima kasih kerana sudi membaca. Boleh komen di bawah apa pendapat anda mengenai isu yang diketengahkan kali ini. Mungkin pendapat kita berbeza? would love to read your take in this issue :) 

Friday, March 17, 2017

THE TRAVELOKA SALE-ABRATION. TEMPAH FLIGHT DAN HOTEL ANDA SEKARANG!

The Traveloka Sale-Abration

Salam dan Hi! buat semua pengunjung setia blog Seorang Syed (feeling ada pengunjung setia yang tak tahan tu hahaha)

Okay sebelum aku mulakan entry aku pada hari ini, aku nak tanya korang "Apa perkara yang dititikberatkan oleh korang sebelum pergi travel?". Kalau tanya aku, mesti aku lebih risaukan tentang harga tiket kapal terbang dan juga harga hotel. Dua benda ni sahaja yang memerlukan kita untuk memilih dengan bijak. Pada pendapat aku, kalau kita dapat cari harga tiket kapal terbang dan juga harga hotel yang murah dan berpatutan, at least dapat jimat duit kita untuk berbelanja beli souvenir nak bagi dekat rakan-rakan dan family. Sebab itu sebelum kita pergi travel, kita kena rancang perjalanan kita dengan baik dan survey hotel-hotel yang terbaik dan berpatutan ditempat yang kita nak pergi tu. Kalau nak naik flight pula, make sure korang book awal-awal dan survey tiket flight yang termurah

Sekarang ni kalau korang nak travel mana-mana pun dah mudah, semuanya ada di hujung jari. Nak booking hotel? flight? semuanya senang. Kita hanya perlu buka laptop/phone kemudian klik sahaja mana yang kita nak. Banyak pilihan pula tu untuk kita survey yang terbaik. Sebagai pengguna, kita kena bijak buat pilihan. Harini aku ada berita baik untuk korang yang gemar travel dan teringin nak travel dengan murah. serius aku excited nak ceritakan tentang benda ni. so, tolong baca dengan penuh fokus dan perhatian kerana setiap bait kata-kata seorang Syed amat bermakna. kahkah.

Entry kali ni aku akan cerita tentang Traveloka. Aku percaya ramai yang tahu tentang kewujudan traveloka ni kan? Aku sendiri pun tahu walaupun bukan seorang yang selalu sangat pergi travel sana sini sebab traveloka ni bagi aku memang satu website yang famous untuk kau buka bila nak cari flight dan juga hotel. Buat yang masih tak tahu Traveloka ni apa, meh sini aku nak cerita sikit
ABOUT TRAVELOKA
About Traveloka

Traveloka ni actually satu platform yang disediakan untuk korang menempah flight ataupun hotel sebelum korang pergi travel sama ada destinasi di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan adanya traveloka ni, korang tak perlu gelabah lagi dah nak book satu-satu. Semuanya korang boleh settlekan dengan hanya menggunakan satu platform sahaja. Selain itu, traveloka ni sangat memudahkan pengguna sebab selain dari website, korang juga boleh download application traveloka ni di peranti mudah alih korang!

Kalau nak cakap pasal harga pula, memang harga yang ditawarkan agak murah sebab traveloka selalu buat promotion yang kaw-kaw punya. Lagi satu, bila korang search mana-mana hotel, harga yang dipaparkan itu ialah harga yang korang kena bayar. NO HIDDEN CHARGES. Sesetengah website hanya tunjukkan harga yang belum ditambah dengan pelbagai charges. Tapi dengan traveloka, "what you see is what you get". Kalau korang tengok harga hotel tu RM1, RM1 lah korang kena bayar (ada ke hotel RM1? parking pun ada yang berpuluh ringgit hahahaha)
THE TRAVELOKA SALE-ABRATION
Traveloka Sale-Abration Campaign
KLIK GAMBAR UNTUK KE PAGE PROMOSI
Untuk pengetahuan semua, bulan Mac ni, pihak Traveloka telah melancarkan sale besar-besaran untuk menunaikan hajat-hajat orang ramai yang nak pergi bercuti untuk book tiket flight murah ke pelbagai destinasi dan juga tawaran hotel-hotel yang terbaik! Tarikh untuk korang book hotel dan flight bermula dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017. Banyak lagi masa ni untuk plan perjalanan anda. Ada dua tawaran yang menarik untuk SALE-ABRATION (fancy spelling of celebration lol) yang dilancarkan oleh Traveloka. Pertama sekali ialah tawaran flight dan yang kedua pula tawaran hotel. 
FLIGHT DEALS
Flight Deals from Traveloka
Deals so fly, you'll be on Cloud Nine! 

Untuk flight deals, harga yang ditawarkan oleh pihak Traveloka ialah serendah RM39 termasuk flight domestik mahupun international. Bagi aku, personally memang tawaran ni sangat berbaloi. Kenapa? kalau korang naik bas pun, silap haribulan harga tiket bas lagi mahal dari harga tiket flight yang ditawarkan. Dengan harga serendah RM39 di Traveloka, korang berpeluang untuk ke Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan pelbagai destinasi lagi. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pilih mengikut airlines mana yang korang nak. Bila dah boleh pilih tu, maknanya kena pandailah korang pilih mengikut budget yang korang ada. Kalau destinasi yang korang nak pergi masih tiada dalam list, korang sabar lah kejap nanti Traveloka akan update destinasi lain. 

Kalau korang masih belum puas hati dengan tawaran yang diberikan, korang boleh dapat 8% discount bila korang gunakan code DEALFLY di halaman pembayaran (semasa korang nak bayar tiket tu lah). Kalau aku ada duit ni dah lama dah aku beli tiket flight pergi Sabah atau Sarawak! menggugat keimanan betul bila aku tengok harga-harga flight tu tadi hehe.

Macam mana? berminat tak dengan tawaran yang diberikan oleh Traveloka? Kalau berminat dan ingin rancang percutian anda sekarang, boleh berkunjung ke website https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration/deals-so-fly ataupun install sahaja application Traveloka secara PERCUMA. Booking period untuk promosi ini hanyalah dari 10 Mac sehingga 31 Mac sahaja. Manakala, waktu untuk travel tu pula mengikut flight yang telah ditetapkan dan yang korang pilih. Jangan lambat-lambat nanti terlepas flight pulak!
HOTEL DEALS
Cheap Hotels With Traveloka
Sale Away to a Great Hotel Stay!

Bagi aku, kalau nak pergi travel ni memang hotel la paling susah nak dicari haha. Kita ni kadang-kadang nak yang murah dan selesa. Tapi yang mahal pun kadang-kadang tak selesa mana pun, selalu tertipu lagi-lagi kalau cari hotel on-the-spot. Dengan adanya Traveloka, korang tak payah pening kepala nak pusing bandar cari hotel sendiri. Cari sahaja di website Traveloka dan book secara online. Sekarang ni 10-31 Mac 2017 memang ada diskaun sehingga 79% untuk hotel!. Cakap sahaja nak hotel dekat mana, Kuala Lumpur? Melaka? Johor? Singapore? Jakarta? Bangkok? semua ada

Book your hotel with Traveloka and get great discounts!

Banyak senarai hotel-hotel yang ada di Traveloka ni dan korang kena bijak lah memilih nak yang mana satu. Kalau rasa tak yakin dengan hotel tu, tekan dulu book tu dan boleh baca review pengunjung di Trip Advisor. Kalau banyak review yang positif, maknanya hotel tu bagus lah. Sekarang dah mudah dah. Semua benda korang boleh refer dekat internet. Lagi satu, nampak tak ada rate bintang dekat situ? Kalau ada satu bintang tu, bagi aku bukannya teruk servis dia. Cuma mungkin hotel tu masih baru dan tak ramai lagi yang review. So, apa-apa hal pun korang kena tengok budget korang dan jangan lupa buat research sikit tentang kedudukan hotel semua. Itu penting juga untuk mengelakkan korang berjalan jauh semasa travel ke sesuatu tempat kan? Lebih menarik lagi, pihak hotel yang dipilih oleh Traveloka juga memang berdasarkan keperluan travel kita. Sebagai contoh, untuk mengenal tradisi dan budaya, untuk melihat pemandangan indah, untuk melawat bandar dan sebagainya. Lain hotel lain konsep dia. Ada juga hotel yang untuk bagpackers. Faham tak?

Korang rasa tak cukup jimat lagi ke? Kalau macamtu, korang juga boleh gunakan code DEALSTAY (sah sehingga 19 Mac sahaja) dan nikmati 15% tambahan diskaun sewaktu anda membuat pembayaran. Cool kan? Harga hotel dah murah lepastu dapat guna kupon lagi untuk tambah potongan. Senang cerita memang rugilah kalau siapa yang tak gunakan Traveloka ni untuk book hotel.

Untuk booking hotel pula, korang boleh berkunjung ke website https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration/hot-deals dan bersedia untuk nikmati diskaun yang menarik oleh pihak Traveloka! Ingin saya ingatkan bahawa tarikh tempahan hotel hanyalah bermula pada 10 Mac sehingga 31 Mach 2017 sahaja. Manakala, tarikh untuk anda tinggal di hotel bergantung kepada hotel tersebut. Different hotel has different stay period, so korang kena tengok elok-elok ya dekat bawah tu. Jangan silap tarikh pula! 
HOW TO CONTACT TRAVELOKA

Customer Service
+60-15-4840-9469

Thursday, March 16, 2017

HALA TUJU SELEPAS SPM

Hala Tuju Selepas SPM
Assalamualaikum dan Hi!

Umum mengetahui bahawa harini merupakan tarikh keramat bagi pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2016. Kenapa tarikh keramat? Haaaa kalau masih ada yang tidak tahu, harini merupakan hari untuk pelajar lepasan SPM 2016 mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Aku yakin, mesti budak-budak ni tak tidur malam sebab fikir pasal result punya pasal haha. Apa-apa pun, aku harap korang yang ambil result pada harini mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Orang tua tua kabor "with flying colours"

Memang bila dah berakhirnya SPM, pelajar-pelajar ni akan ingat bahawa mereka telah merdeka (sebab dah tamat sesi persekolahan kan). Tapi tolonglah don't be too happy. Kenapa? Sebabnya kau memang dah mengakhiri zaman persekolah kau, tapi pada masa yang sama kau akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ni. It's a beginning to a new life. Satu titik permulaan untuk hidup yang baru. Kau yang akan menentukan kemana hala tuju hidup kau selepas ni

Untuk topik kali ini, aku akan menulis tentang hala tuju selepas SPM dan apa yang patut kau buat once dah dapat keputusan SPM. Aku tertarik untuk mengupas isu ni sebab mostly students ni dia tak begitu cakna dan tak berapa nampak jalan hidup dia lepas SPM (sesetengah). Kalau ada yang concern tu baguslah, tapi bagi certain orang dia memang tak tahu langsung course apa dia nak ambil lepas SPM dan universiti mana dia nak pergi. Aku ni bukanlah pelajar SPM yang straight A ke apa, tapi melalui pengalaman aku, aku yakin benda yang aku akan tulis ni berguna untuk SPM leavers yang still tak tahu nak sambung pelajaran mereka dalam bidang apa di universiti kelak.
KENA ADA TARGET DAN MATLAMAT
Sebenarnya dekat dunia ni kau buatlah kerja apa sekalipun mesti nak kena ada target dan matlamat. Sama juga bila kau nak mulakan suatu hidup dan perjalanan yang baru. Kau kena kenalpasti matlamat kau, apa yang kau nak jadi lepas ni. Kenapa pentingnya untuk kita ada target dan juga matlamat? Bagi aku, bila kau dah set kan kau punya target dan matlamat kau sendiri, kau sendiri akan berusaha untuk mencapai matlamat yang kau dah set kan. Kau sendiri pun dah tahu apa yang perlu kau lakukan untuk capai matlamat tersebut. 

Nak setkan kau punya target dan matlamat tu bukannya pakai set sahaja. kau kena make sure matlamat kau tu sesuai dengan keputusan SPM yang kau perolehi. Tak bolehlah kau target nak ambil course Bahasa Inggeris, tapi keputusan BI kau dapat C-. Itu namanya matlamat yang tak realistik. Tengok dan hadam keputusan SPM kau tu elok-elok dan come up with a target yang attainable.
MINAT
Kebanyakan pelajar bila ditanya apa minat diorang, memang ramai yang terkandas sebab tak tahu minat dia apa. Aku bukan buat kesimpulan sendiri, aku aktif jadi fasilitator untuk salah satu program under Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Berdasarkan pemerhatian, sesetengah pelajar masih tak tahu apa minat dia. Minat ni antara salah satu benda yang penting untuk kau ambil kira bila nak lanjutkan pelajaran ke universiti. Kalau kau terperangkap dalam course yang kau memang tak minat, bersedialah untuk melalui 3 tahun (untuk diploma) yang menyeksakan.

Selain itu, minat juga yang akan menentukan kerjaya kau nanti. Bukan waktu belajar sahaja yang penting, tapi bila kau kerja nanti mesti kau akan kerja bidang yang kau belajar tu kan? Nak ke kau habiskan seumur hidup kau untuk buat kerja yang kau tak minat dan takda jiwa langsung?  tepuk dada tanya selera.
RESEARCH
Bila kau dah dapat result SPM ni, percayalah cakap aku bahawa peti surat kau akan dipenuhi dengan tawaran dari pelbagai universiti swasta! haha. Kalau kau rasa berminat dan mampu untuk cuba menuntut ilmu di IPTS, mungkin kau boleh pergi. Tapi make sure before kau pergi, kau buat research dulu tentang course yang ditawarkan itu. For your information, sesetengah IPTS dia punya course yang ditawarkan takda pengiktirafan daripada MQA. Bila kau ambik course yang tak diiktiraf MQA, kau punya program tu kira sia-sia tahu tak? Nak pergi minta kerja pun bila company tengok takda pengiktirafan MQA, terus dia reject nanti. Maka, membazir sahaja usaha kau belajar selama ni.

Maklumat sekarang ni semua dihujung jari. Rajinkan diri untuk cari informasi tentang course-course yang kau minat diinternet. Banyak info dan perkongsian pengalaman daripada orang ramai tentang course-course yang ada di universiti. Bila nak apply UPU tu, buatlah research sikit apa qualification dia untuk kau ambil course tu. Sesuai atau tidak dengan keputusan yang kau ada. Banyakkan membaca, dan benda ni akan membantu kau untuk kau capai matlamat dan target yang telah kau tetapkan tadi.
TANYA PENDAPAT
Kalau kau sendiri pun rasa confuse dengan hidup kau dan pilihan yang kau nak buat, jangan malu untuk minta pendapat orang yang lebih berpengalaman. Bagi aku firstly kau kena tanya ahli keluarga kau dulu sebab apa-apa keputusan pun, kenalah dapat restu ibu bapa dulu kan? hehe. Kadang-kadang ahli keluarga kita lebih kenal diri kita daripada kita sendiri. So, mungkin bila kau tanya pendapat diorang, sedikit sebanyak boleh membantu kau dalam membuat keputusan. Elakkan membuat keputusan sebab kau nak ikut kawan kau. No, jangan macamtu. Bab-bab belajar ni aku minta janganlah ikut kawan. Lain orang lain dia punya kemampuan. Nanti kalau kau ikut kawan kau, bila dah masuk universiti nanti dia ada kawan baru juga. Baik kau cari kawan baru terus! hahaha.

Jangan lupa pula orang yang banyak berkorban dan memberi ilmu kepada kau, siapa lagi kalau bukan guru-guru kau. Guru merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ni. Cubalah minta pendapat daripada guru-guru kau dekat sekolah tu, aku percaya banyak yang diorang boleh bantu. Lagipun guru-guru jugalah yang ajar kau, dia tahu kebolehan kau dan pencapaian kau dalam kelas macam mana.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kalau nak tulis pasal ni sampai esok pun tak habis. Buatlah keputusan yang betul sebab benda ni melibatkan kau punya masa depan. Kalau kau tahu matlamat dan minat kau, bagi aku itu dah cukup dah untuk membantu kau nak ambil course apa di universiti. Jangan menyesal dikemudian hari sudahlah. Selamat maju jaya saya ucapkan! :)

Tuesday, March 14, 2017

WIN A WISH CONTEST BY SHOPBACK

Win a Wish Contest by Shopback

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sempena sambutan hari lahir Shopback yang ke-2, Shopback telah melancarkan contest "Win a Wish" yang akan berlangsung sehingga 15 March 2017 bersamaan dengan hari Rabu. Terdapat lebih dari RM6000 hadiah untuk dimenangi. Contest ini hanya memerlukan anda (bloggers) untuk menulis tentang wishlist hari jadi anda. 6 wishlist peserta yang terbaik akan memenangi salah satu barang di dalam wishlist anda secara PERCUMA. Kalau penyertaan anda tidak terpilih di dalam 6 kategori wishlist terbaik, anda juga berpeluang untuk memenangi kategori pemenang paling popular (RM500) dan juga hadiah saguhati! (RM300). Menarik bukan?

Disebabkan hari lahir saya jatuh pada 12 April, maka saya berpendapat bahawa contest ini sangat bersesuaian untuk saya sertai! haha mana tahu kot ada rezeki saya untuk memenangi hadiah hari lahir daripada Shopback. Maka, untuk entry kali ini saya akan berkongsi tentang saya punya birthday wishlist ataupun senarai barang yang saya mahukan sebagai hadiah hari lahir saya
PENGENALAN KEPADA SHOPBACK
Sebelum saya proceed kepada birthday wishlist saya, mari kita baca sedikit info yang anda perlu tahu untuk berbelanja bersama shopback. Anda semua pernah dengar tak tentang Shopback? Kalau anda seorang yang memang suka berbelanja secara dalam talian, anda PERLU dan WAJIB tahu tentang Shopback. Apa yang menarik sangat tentang Shopback? Untuk pengetahuan semua, Shopback merupakan #1 online cashback or rebate site in Malaysia. Maksudnya di sini, Shopback merupakan website nombor 1 di Malaysia yang menawarkan rebat apabila anda membeli barang secara online di online retailer yang terpilih. Yang menarik tu bila anda membeli barang, tetapi pada masa yang sama, anda mendapat pulangan balik dari duit yang telah anda belanjakan! Siapa nak bagi kan?

Senarai Merchants di Shopback
Shopback telah bekerjasama dengan lebih dari 500 merchants dan di atas ni telah saya sertakan antara merchants yang popular dan banyak digunakan di shopback. Anda boleh click gambar di atas untuk melihat lebih banyak senarai stores yang available. Kenapa saya cadangkan anda untuk menggunakan shopback? Selain dari partnering merchants yang banyak, anda juga boleh keluarkan duit hasil dari rebat yang anda telah perolehi melalui bank-bank tempatan. Tak payah susah payah nak guna PayPal ke apa. Tak payah fikir panjang sebab kita dah biasa menggunakan bank tempatan kan? Kalau masih ada yang tidak tahu, Shopback ni dah featured dalam The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan banyak lagi. Senang cerita, ini bukan sembang kencang! benda ni memang betul-betul menguntungkan. Selain di Malaysia, Shopback juga ada di Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.
BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN SHOPBACK
Tiga Langkah Mudah Menggunakan Shopback

Bagaimana hendak menggunakan Shopback? Bagi saya yang masih hendak berjinak-jinak dalam online shopping, saya berpendapat bahawa menggunakan Shopback tidaklah sesukar yang anda sangka. Tak payah pening kepala sangat, anda hanya perlu faham 3 konsep mudah di atas. Pertama, anda perlu pilih store mana yang anda berminat. Antaranya ialah zalora, foodpanda ataupun lazada dan banyak lagi yang anda boleh perolehi di website Shopback.my. Bila anda dah pilih store, pilih barang yang ada di dalam store tersebut dan terus proceed dengan pembayaran. Langkah ketiga, selesai anda buat pembayaran, automatik duit rebat akan dikreditkan di dalam akaun shopback anda mengikut peratus yang ditetapkan untuk setiap item tersebut.

Untuk lebih memudahkan anda, di sini saya tunjukkan contoh yang lebih jelas untuk anda fahami tentang bagaimana hendak menggunakan Shopback.

Cara Menggunakan Shopback

Langkah pertama, pilih store yang anda nak. Bila anda click sahaja store tersebut, automatic dia akan redirect ke page store yang anda pilih. Langkah kedua, teruskan pembelian anda seperti biasa. Ingin saya ingatkan bahawa peratus cashback yang anda akan dapat bergantung kepada nilai yang telah ditetapkan oleh store tersebut.
Cara Menggunakan Shopback

Cashback yang anda akan dapat di dalam akaun Shopback akan diletakkan di dalam status menunggu ataupun "pending" dalam tempoh 48 jam selepas pembelian. Status "redeemable" atau boleh ditebus akan bertukar setelah disahkan oleh merchant tersebut. Ini mengambil tempoh selama 30 - 60 hari untuk memastikan tiada barang yang dibatalkan atau ditukarkan serta dipulangkan.

Cara Menggunakan Shopback

Seterusnya, jika Redeemable Cashback anda mencapai RM10 ke atas, anda boleh request untuk cash out. Mudah sahaja. Sambil anda membeli, anda juga mendapat pulangan. Orang cakap, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tak salah pun kalau nak kumpul. Konsep dia macam menabung jugalah

Senarai Bank Yang Terpilih

Ini pula merupakan bank-bank tempatan yang boleh anda gunakan untuk proses keluarkan wang Shopback anda! Banyakkan pilihan bank yang ada?
MY BIRTHDAY WISHLIST
Okay sekarang ni merupakan part yang semakin sukar untuk saya membuat pilihan hahaha. Dah lah senarai merchants banyak sangat, lepastu semua barang saya rasa saya idamkan hehe.

Jam Tangan Fossil

Pilihan pertama saya kali ini ialah daripada store Lazada. Saya ni kalau nak ikutkan memang jenis yang tak boleh kalau tak pakai jam tangan. Rasa bogel sahaja tangan ni kalau tanpa jam ditangan. Tapi sejak 2 tahun yang lepas, bila jam yang saya beli dah pecah, saya stop sekejap pakai jam. Sebab tak mampu weh nak beli jam yang baru hahaha. Nak pula tengah sengkek sekarang ni, memang rasa impossible sangat untuk saya beli jam tangan baru menggunakan duit poket sendiri. Apa yang saya suka tentang jam tangan fossil ni ialah sebab warnanya yang cantik. Saya tak tahu kenapa saya sangat into warna biru sekarang. Tengok jam tangan ni warna biru dia macam navy blue dan digandingkan pula dengan warna silver. Nampak sangat menyerlah dan nice! Since jam ini berjenama, saya yakin akan kualiti jam fossil ni. dan yang lagi menarik, jam ini juga ada warranty selama 2 tahun. Berbaloi lah untuk pembelian jam berharga RM791.10 kan?

Cashback Lazada

Di Lazada, anda akan dapat cashback sebanyak 11.00% untuk barang yang dikategorikan dalam fashion. Jika anda membeli jam di atas di Lazada, anda akan dapat cashback atau rebat sebanyak RM87 (11% dari harga asal). Jadi harga jam tersebut jika ditolak cashback ialah RM791.10 - RM87 = RM704 . Banyak juga yang anda boleh jimat dengan hanya berbelanja menggunakan platform Shopback. Yang pasti, sebelum anda membeli pastikan anda berkunjung ke website Shopback terlebih dahulu. Kalau tidak memang tak merasa untuk anda dapat cashback!

Yicam Murah di Lazada

Barang kedua yang saya mahukan untuk hari lahir saya ialah action camera. Kenapa saya memilih action camera sebagai salah satu daripada wishlist? Satu, sebagai seorang yang gemarkan aktiviti outdoor dan juga travel, saya perlukan sebuah action camera untuk merakam detik-detik indah ketika saya melakukan aktiviti tersebut dan juga berkunjung ke sesuatu tempat yang baru. Kelebihan mempunyai action camera ialah, ia mampu mengambil gambar bersudut luas kerana fungsi cameranya yang "wide lens". Dengan adanya lens yang besar, sekeping gambar boleh memuatkan lebih banyak objek, sesuai untuk merakam gambar pemandangan yang indah. Selain dari itu, dengan adanya action camera ini, ia mudah dibawa ke mana-mana. Berbanding dengan DSLR, ia tidak begitu handy dan portable sebab saiznya yang besar. Berdasarkan pembacaan saya yang lanjut tentang action camera yang ada dipasaran, jenama Yicam ini sememangnya banyak digunakan oleh orang ramai dan kualiti gambarnya yang bagus setanding dengan action camera yang lain.

Saya berminat untuk memiliki camera YiCam ini kerana harga yang ditawarkan sangat reasonable dan bersesuaian dengan pakej yang diberikan. Jika anda membeli YiCam ini menggunakan Shopback Lazada, anda akan dapat cashback sebanyak 3.50%  dari harga asal iaitu RM15.70.  Jadi, harga sebenar bagi Yicam setelah ditolak cashback ialah RM449 - 15.70 = RM443.30 Sahaja! Bila anda baca review-review pengguna di website Lazada tersebut, terus rasa macam nak beli sekarang. Semua feedback customer sangat positive dan seller tersebut merupakan Top-Rated Seller. Selain dapat membeli dengan harga yang murah dan berpatutan, saya pun akan puas hati dengan jaminan yang diberikan oleh pihak  Lazada.

The North Face Kuhtai 34 Backpacker Pack

Untuk barang pilihan yang ketiga, saya memilih The North Face Kuhtai 34 Backpacker Pack. Barang kali ini saya pilih dari merchant ZaloraSaya sebenarnya dah lama buat survey beg yang sesuai untuk bawa pergi travel kemana-mana. The North Face ni bagi saya antara salah satu jenama yang best dan terkenal dikalangan backpackers. Antara sebab kenapa saya memilih beg ini ialah kerana warna. Saya bukan jenis yang suka warna yang agak stand out / highlight. Kalau boleh satu beg tu satu atau dua warna sudah mencukupi untuk saya. Beg ni cantik sangat sebab dia menggunakan warna maroon dengan merah hati. tetapi lagi cantik kalau dia masukkan warna grey sikit dekat belakang tu hehehe (tak bersyukur betul!). Bahagian depan beg ni ada lah warna grey. Tu yang buat saya rasa berkenan sangat nak beli beg ni hehe.

Selain dari warna yang menarik, bila anda beli beg ni, anda juga akan dapat rain cover sekali. Sesetengah beg yang kita beli memang takda rain cover. Disadvantage dia nanti kalau kau berjalan, beg kau akan basah la kalau macamtu. Sia-sia sahaja beli mahal-mahal tapi takda rain cover kan? tapi untuk beg berjenama the north face ni, ia didatangkan sekali dengan rain cover. lepastu material kain Nylon dan juga adjustable shoulder straps. Kalau rasa beg tu tak cukup ngam dekat badan, boleh adjust dia punya strap tu mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Selebihnya anda boleh baca details di atas. memang sangat berbaloi.

Kalau anda beli beg ini menggunakan Shopback, anda akan dapat rebat sebanyak 9% daripada harga pembelian barang anda. Dengan harga beg yang bernilai RM599, anda akan dapat cashback atau rebat sebanyak RM53.90. Harga beg ini setelah ditolak cashback yang anda perolehi ialah RM599 - RM53.90 = RM545.10. Bagi saya, untuk beg yang berjenama seperti ini, harga tersebut sudah dikira agak murah tambahan lagi bila anda dapat rebat sebanyak 9% daripada pembelian.

The Body Shop White Musk For Men
Okay barang keempat yang tersenarai dalam saya punya birthday wishlist ni ialah The Body Shop White Musk for Men Eau De Toilette. Saya ni bukannya jenis yang suka nak wangi-wangi sangat haha. Tapi bila keluar rumah tu memang wajib pakai perfume sikit untuk keyakinan diri yang berganda. Sebelum ni saya hanya menggunakan perfume Silky for Men, Fantasia. Sejak zaman sekolah menengah (time Mawi famous kot!) lagi memang setia pakai perfume tu. Tapi bila masuk belajar dekat KL, ada lah sekali dua masuk Body Shop untuk teman kawan beli barang. Lepastu suka sembur tester minyak wangi White Musk for Men by Body Shop. Memang saya suka sangat bau dia. Time tu memang tak mampu lah nak beli perfume mahal macamni (sekarang pun tak mampu juga actually). Perfume yang saya gunakan sekarang pun baru RM20. Kalau ada offer RM15 pun boleh dapat hehe murah kan? Sejak bau minyak wangi Body Shop ni saya terus berazam nak guna Body Shop punya perfume once saya dah mula bekerja nanti.

Dengan pembelian barang-barang di Hermo menggunakan ShopbackAnda boleh dapatkan rebat sebanyak 2%. Rebat yang anda boleh dapatkan untuk pembelian perfume di atas ialah sebanyak RM2.70. Walaupun takdalah banyak mana, tapi still menjimatkan juga. Nilai cashback tu nampak sahaja kecil tapi kalau kumpul banyak-banyak? Harga perfume ni setelah ditolak rebat yang anda perolehi ialah RM136.79 - RM2.70 = RM133.25. Jimat lah duit parking kereta pergi Mid Valley tu kalau dapat cashback ni. hehehe.

Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson

Kalau boleh, time birthday saya, saya nak spend masa dengan family saya. Disebabkan kawan-kawan selalu tak hargai saya waktu birthday saya (sobs), baiklah saya sambut dengan keluarga disisi. So, untuk pilihan ke 5 wishlist saya, saya berminat untuk ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Kenapa saya memilih Lexis? Sebenarnya saya sangat tertarik dengan kedudukan hotel/resortnya di tengah laut yang berbentuk bunga raya itu. Bila tengok gambar rasa sangat cantik dia punya susunan. Lepastu kalau anda lihat gambar-gambar yang dirakamkan oleh pengunjung, ternyata ramai yang berpuas hati setelah menginap di sana. Selain itu, review di TripAdvisor juga ialah 4/5 berpandukan kepada 852 reviews yang ditinggalkan pengguna. Saya yakin ia satu pengalaman yang menyeronokkan jika saya berpeluang menyambut hari lahir saya di sana! :)

Kali ini saya memilih merchant Expedia di dalam Shopback. Nilai rebat yang saya akan dapat jika saya menempah hotel ini ialah sebanyak 6% . Harga bilik serendah RM746 untuk satu malam (tetapi saya tak select lagi bilik yang saya nak sebab banyak sangat, confused nak pilih mana satu hehe). 6% daripada RM746 ialah bersamaan dengan RM44.76 nilai rebat yang bakal diterima. Dengan RM44.76 tu boleh la saya belanja kfc satu keluarga saya hehe (keluarga kecil sahaja so cukuplah). Walaupun anda berbelanja untuk kepuasan diri, tetapi anda dapat pulangan apabila menggunakan Shopback.

Nike - Customize your own shoe

Okay, barang terakhir ni saya pilih merchant Nike. Jujur saya katakan nak pilih barang untuk masuk wishlist pun dah macam nak beli barang yang betul-betul hahaha. Kalau nak beli barang betul tak tau la berapa lama ambil masa untuk saya decide. Saya memang suka kasut, tapi setakat ni too poor to have a collection of shoes lol. Cuma mampu beli satu dua kasut sahaja lepastu pakailah sampai koyak rabak pun. Bila buka Shopback ni tadi, terjumpa pulak promosi Nike! Bila beli kasut Nike Air Max 90 Essential ni, anda akan dapat sekali 10% cashback. Sebelum ni cashback dari Nike hanyalah 2% sahaja. Banyak kan promosi dia?

Kenapa saya memilih kasut ini untuk menjadi barang yang diidam-idamkan? haaaa here's the interesting part. Bila beli kasut ni bukannya dapat sebiji dalam gambar tu. Anda berpeluang untuk design kasut anda sendiri menggunakan website yang telah pihak Nike sediakan. Anda boleh pilih dari segi warna base, mudguard, overlay, lining dan macam-macam lagi. Kira macam kasut tu kemungkinan besar ada satu sahaja di dunia ni! hehehe rare juga tu.

Kasut Nike Airmax 90 Essential ID

Seperti gambar di atas, saya telah menukarkan overlay kasut ini kepada warna grey. Menarik kan? sebab kita berpeluang design kasut kita sendiri seolah-olah kita ni designer kasut pula hehe. Kalau nak ikutkan harga yang ditawarkan bagi kasut ini ialah sangat berbaloi iaitu sebanyak RM569 sahaja. Anda juga akan memperoleh cashback atau rebat sebanyak 10% yang berjumlah RM56.90. Menarik kan dengan adanya cashback yang ditawarkan oleh Shopback. Saya sangat menghargainya kalau saya menang kasut ni. Siap boleh tidur dengan kasut ni sambil peluk-peluk lagi kahkah.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SHOPBACK?
Click Untuk Mendaftar Akaun Shopback!

Untuk daftar (tolonglah daftar), anda hanya perlu click sahaja banner di atas dan akan redirect kepada website Shopback. Tak payah bazir masa nak tunggu-tunggu. Sementara ada masa ni better register sahaja dulu. Nanti dah ada akaun senang sikit nak shopping bila-bila masa. Kalau tak rugi macamtu sahaja duit cashback tak dapat kan? Boleh click SINI juga kalau nak register. Selain itu anda juga boleh download apps Shopback di smartphone sebab lagi memudahkan anda kalau nak beli barang kan? :)

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tanya saya diruangan komen dan jangan lupa buat para bloggers yang lain, penyertaan masih dibuka sehingga 15.3.2017. Kalau lah saya berpeluang untuk memenangi contest ini, saya pasti ia merupakan hadiah hari lahir yang paling bermakna buat saya :)

Monday, March 13, 2017

TERIMA KEJUTAN DARIPADA BLOGGER

Terima Kejutan Daripada Seorang Blogger

Assalamualaikum dan hi!

Selamat hari Isnin aku ucapkan kepada semua yang sedang bekerja mahupun yang sedang 'terpaksa' menghadiri kuliah di kampus. Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan untuk hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah aku merasai nikmat hidup di muka bumi pada hari ini.

Merujuk kepada perkara di atas, yes! aku memang terima kejutan yang tak disangka daripada seorang blogger! Blogger yang aku maksudkan ialah,

Blog Lady in Red Planner
Lady in Red Planner. Sebenarnya aku menang hadiah TOP 5 commentators dekat blog ni. Disebabkan hasil usaha aku mengetuk keyboard laptop untuk meninggalkan komen setiap kali berkunjung, Tuan punya blog bersetuju untuk memberikan aku hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menyokong blog beliau. Terima kasih kak! :) 

Masuk bulan ni dah dua bulan rupanya aku berblogging dan selama dua bulan ni dah dapat dua hadiah daripada bloggers. Setiap satu bulan dapat satu agaknya? haha. Tapi untuk kali ni memang aku tak expect lah hadiah yang diberikan oleh tuan punya blog ni! Korang nak tahu tak apa dia? 

Parcel Pos Laju

Tadaaa! Okay aku belanja parcel dulu lah haha. Hadiah ni sebenarnya dah sampai lama dah. Since 7 haribulan kot? Tetapi disebabkan aku guna alamat tok sedara aku (aku tak duduk kat situ pun) so terpaksa lah tunggu lama sikit baru boleh ambil. Semalam, bila aku balik rumah tok aku dan tengok bungkusan yang ada dekat atas meja, terus terkejut beruk weh! dia punya parcel tu memang besar gedabak. Aku expect parcel yang macam surat biasa-biasa tu sahaja. Sekali, memang saiz XL akak ni bagi haha. Aku pun dengan excitednya buka parcel di atas.

Poslaju National Courier

Lepas aku dah buka dengan rakus tu, nampak la dia punya sampul dekat dalam beserta dengan shopping bag yang besar juga. Aku dah mula nervous dah. Akak ni nak bagi aku apa ni. Nak suruh aku shopping ke apa bagi shopping bag ni? hehehe gurau. Sekali, bila buka saja sampul yang ada dekat dalam tu, memang speechless lah Seorang Syed! haha 

Hadiah Bagpack Yang Cantik!

Aku dapat bagpack warna biru dari akak ni! Alhamdulillah! Thanks sangat-sangat kak. Macam tahu-tahu saja yang saya ni memang tengah ketandusan bag. Terkejut gila kot aku bila buka hadiah tu dapat beg. Dah la memang takda beg lepastu dapat beg warna biru pula tu. Memang sesuai la dengan tema blog seorang syed ni. Beg ni aku suka design dia sebab simple and plain, nampak sophisticated macamtu. Lepastu beg dia tak besar sangat. Just nice sahaja kalau kau nak letak barang-barang untuk pergi kerja atau pergi gym (kalau aku pergi gym la haha). Boleh muat baju ganti, phone, wallet kau dan banyak lagi benda-benda lain yang kau ada. Tak payah susah-susah nak tumpang handbag akak aku dah lepasni. 

High Sierra Bagpack

Okay ini pula gambar beg yang aku tangkap dari pelbagai sudut. Bila dapat tu terus guna kot sebab excited bukan main. So beg ni akan menjadi favorite bag aku. Thanks akak for the very unexpected gift! saya sangat hargai pemberian ini. Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya di dalam dunia blog. Untuk para pembaca yang masih belum berkunjung ke blog lady in red planner, sila terjah blog tersebut sekarang!



Sunday, March 12, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Lazada Birthday Blogger Contest
CLICK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan hai,

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung dan pembaca blog Seorang Syed. Harini saya nak join satu contest yang dianjurkan oleh Lazada. Contest yang diberi nama "Lazada Birthday Blogger Contest" ini merupakan satu contest yang dianjurkan Lazada untuk para bloggers sempena menyambut hari lahirnya yang ke 5. Happy Birthday Lazada! Disebabkan saya punya birthday pun just around the corner lah sangat (April) oleh itu saya mengambil peluang ini untuk join contest ni. Mana tahu ada rezeki saya, mungkin saya berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan! hehe. Sebelum itu, kalau ada yang masih tidak tahu Lazada ni website apa, meh sini saya nak bagitahu. Lazada merupakan satu website untuk anda semua beli barang secara dalam talian. Sekarang ni memang ramai orang yang menggunakan Lazada untuk beli barang sebab mudah dan selalu banyak promotion! 

Tanpa melengahkan masa lagi, izinkan saya menjawab beberapa pertanyaan yang diperlukan sebagai syarat kelayakan untuk join contest ini
APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA?
Bagi saya Lazada Malaysia merupakan satu website yang mudah untuk anda semua membeli barang secara dalam talian. Kenapa? kerana pilihan barang yang banyak dari pelbagai jenama yang berlainan. Membeli barang secara dalam talian tidak jauh bezanya dengan membeli barang di luar. Sebagai seorang pengguna kita semestinya ingat melihat pilihan yang ditawarkan di sesebuah kedai tersebut kan? Kalau tiadanya pilihan yang banyak dan juga limited, kemungkinan untuk kita membeli adalah sangat rendah. At least, bila adanya banyak pilihan yang ditawarkan kita jadi lebih secure dan yakin untuk membuat pilihan di antara yang terbaik.

Nexus 5X casing
Baru-baru ini saya ada membuat carian di website Lazada Malaysia mengenai casing Nexus 5x. Phone saya ni dia punya rare tu sampai kedai biasa memang tiada jual. Kalau nak beli casing atau apa-apa aksesori jawabnya kena menggunakan perkhidmatan online la. Terkejut saya bila buka Lazada ni dan tengok hasil carian saya sebanyak 26114. Banyak kan? Bila banyak pilihan macamni membuatkan kita lebih seronok nak mencari barang yang diidam-idamkan.

Sekarang ni memang ramai orang yang berniaga secara dalam talian sama ada atas nama syarikat mahupun peribadi. Kita nak beli barang secara online ni kena bijak juga. Bukannya apa, takut barang yang diorder tak sampai ketangan kita. Duit dah bayar, tapi barangnya tak sampai juga. Kalau anda membeli dengan Lazada, tak payah takut dengan semua scammers yang ada diinternet ni sebab Lazada memang merupakan trusted website. Lazada siap tawarkan 100% Buyer Protection dan ada return policy lagi untuk barang yang kita beli. Kalau masih rasa tak selamat dan was-was untuk bank in duit, boleh gunakan Cash On Delivery (bayar bila anda dah dapat barang dan dia hantar depan pintu rumah anda)
TIGA BARANG PILIHAN SAYA DI LAZADA MALAYSIA
Tissot Watch

Disebabkan saya memang suka sangat dengan jam tangan, rasanya saya dah mula berangan nak beli yang ni walaupun hanya mampu membeli dalam mimpi haha. Kalau tengok dekat website tu banyak betul jam lawa-lawa yang menggugat keimanan. Saya tak kisah sangat pun design jam tu macam mana sebenarnya asalkan dia simple dan boleh masuk dengan semua attire yang saya ada, saya beli sahaja (macam banyak duit kan haha). Kalau tengok jam dekat atas ni, saya suka sebab sangat simple. Dia punya nombor pun senang sahaja nak refer takda serabut dengan jam kecil-kecil kat dalam tu (haha tak suka jam yang jenis macamtu). Walaupun harga dia RM2.9K tetapi harga asalnya lagi mahal RM3.4K! banyak juga potongan yang diberikan oleh Lazada! 

Saya Nak Shaver Ni!

Okay untuk shaver ni memang barang yang saya PERLUKAN. Disebabkan pertumbuhan bulu-bulu dimuka sangat menggalakkan, oleh itu saya rasa daripada membazir duit beli shaver yang murah-murah tu lebih baik dapatkan electronic shaver terus. Shaver ni best sebab kegunaan dia untuk wet and dry. Nak guna ketika kering boleh, basah pun boleh juga. Mudah kan? Tak payah susah-susah nak risau takut shaver rosak kalau kena air. Setakat ni memang saya tak pernah beli lagi shaver eletrik walaupun yang murah sekalipun. Sebab tak tahu kualiti dia macam mana dan tak berani nak cuba beli takut tak bertahan. Lagi satu, shaver ni best sebab dia punya mata pisau tu dah direka khas untuk smooth glide. Maknanya lepas shave tu takda lah rasa sakit semacam macam guna shaver biru RM1 dekat kedai tu.

Samsung Microwave

Last but not least saya mahukan microwave ini dirumah saya! Disebabkan rumah saya memang tiada microwave, saya rasa macam saya perlukan satu benda ni dirumah. Dalam banyak-banyak microwave yang ada dekat Lazada Malaysia ni, lepas tengok fungsi-fungsi microwave di atas, saya rasa ini merupakan yang terbaik dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Sekarang ni tengah promotion kot, siap ada tambahan 1 tahun warranty lagi. Kalau dapat lah microwave ni, saya excited nak defrost makanan sahaja! hahaha rasa cool kot tengok benda tu pusing-pusing. Lagi satu, dapat la buat makanan simple2 macam maggi letak dan cairkan cheese ke hehe. Dah la nak basuh microwave ni pun senang sebab dia punya design dalam flat sahaja. Takda corner-corner yang susah nak dicapai. Nak lap tak sampai 5 minit pun.
BAGAIMANA LAZADA BOLEH LEBIH MAJU
Pada pendapat saya, setakat ini Lazada Malaysia sudah berjaya berada ditahap yang membanggakan. Kalau kita baca di twitter, facebook dan media sosial yang lain, ramai yang memilih untuk menggunakan Lazada sebagai salah satu website untuk membeli barang secara dalam talian. Harga-harga yang ditawarkan pun kebanyakannya sangat berpatutan dan murah. Nasihat saya, teruskan pencapaian yang baik dan cuba untuk menawarkan servis yang terbaik kepada pengguna. Fikirkan cara yang lebih baik untuk menarik lebih ramai pembeli. Selain itu, mungkin Lazada Malaysia boleh membuat pelbagai bentuk contest untuk orang ramai. Who doesn't love contest, right? 
UCAPAN HARI LAHIR KEPADA LAZADA MALAYSIA
Happy Birthday Lazada Malaysia! I hope that your website would be recognized by the whole Malaysians and everyone would use your website to buy things they want. Keep it up! You're already on the right track. I could say that it's a kind of the biggest achievement for 5 years!  Sila teruskan usaha anda dalam menawarkan servis yang terbaik buat para pembeli. Saya yakin Lazada boleh pergi lebih jauh dalam masa 5 tahun akan datang! Good luck and all the best :)

Saya nak jemput bloggers di bawah untuk join sekali contest ni, lebih ramai yang join lebih banyak hadiah yang boleh dimenangi! hehe


Mari memeriahkan contest yang dianjurkan lazada ni! :)